← Back to Main

Dasar Privasi

Di milieu, privasi anda merupakan hal mustahak. Kami maklum bahawa segala penggunaan produk dan perkhidmatan kami, anda telah mengamanahkan maklumat diri anda. Oleh itu kami mahu memastikan anda dilindungi. Dasar Privasi kami bertujuan untuk membantu anda memahami jenis data yang kami kumpulkan, cara kami kumpulkan, sebab kenapa kami kumpulkan dan cara anda boleh mengurusnya pada bila-bila masa. Luangkan sedikit masa untuk memahami amalan privasi kami dan Hubungi Kami (melalui Pusat Bantuan di aplikasi Milieu Surveys) jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan. Kami sedia membantu!

1. Maklumat apakah yang kami kumpulkan daripada anda? 

Dalam bahagian ini kami menggariskan jenis data peribadi yang mungkin kami kumpulkan apabila anda menjadi ahli milieu, menggunakan laman sesawang kami dan/atau mengambil bahagian dalam tinjauan. Bahagian ini turut merangkumi jenis data bukan peribadi yang kami kumpulkan, pada semua platform milieu.

Apakah jenis maklumat yang kami kumpulkan daripada anda?

  • Maklumat yang anda berikan apabila anda mendaftar sebagai ahli panel tinjauan milieu. Maklumat boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, nama dan alamat e-mel anda;
  • Data demografi seperti umur, jantina, dan maklumat am tentang ekonomi dan isi rumah anda;
  • Data Facebook, hanya jika anda mendaftar akaun milieu melalui Facebook, dan membenarkan Facebook untuk berkongsi data Facebook peribadi yang tertentu dengan kami;
  • Maklumat yang anda berikan apabila anda menebus ganjaran. Maklumat boleh merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, nama dan alamat e-mel anda, nombor telefon bimbit, alamat pengeposan;
  • Semua maklumat lain yang berkaitan, yang mungkin termasuk butiran akaun bank anda (jika anda memenangi cabutan hadiah atau berhak untuk menerima insentif daripada kami hasil daripada program ganjaran kami);
  • Kami juga mungkin akan mengesahkan maklumat yang diberikan dengan menghubungi anda melalui butiran peribadi anda ketika proses semakan pengesahan kami;
  • Apa-apa maklumat peribadi yang mungkin anda berikan tentang diri anda, termasuk nama dan butiran hubungan anda serta sejarah perbualan komunikasi kami dengan anda;
  • Sebarang ulasan yang anda kemukakan pada tapak sesawang atau halaman media sosial kami

Maklumat yang kami kumpulkan apabila anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami

Laman sesawang & apk kami

  • Maklumat yang anda serahkan secara dalam talian pada laman sesawang kami. Maklumat boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, nama dan alamat e-mel anda;
  • Maklumat log masuk akaun anda, yang boleh merangkumi tetapi tidak terhad kepada, alamat e-mel dan kata laluan anda yang telah anda pilih;
  • Maklumat yang berkaitan dengan pendapat, sikap, pengalaman anda serta penggunaan produk atau perkhidmatan tertentu; dan
  • Butiran lawatan anda ke mana-mana Platform kami (dan perkhidmatan pihak ketiga yang dipautkan kepada Platform kami) dan sumber-sumber yang anda akses (yang boleh merangkumi, antara perkara lain, protokol Internet atau alamat MAC, data pelayar, jenis peranti, ID peranti, sistem pengendalian, jenis pelayar, serta data analisis yang lain, dirujuk secara bersesama di dalam ini sebagai “Maklumat Peranti”).

Semakan Pengesahan Pengenalan Diri

Dari semasa ke semasa, kami akan menjalankan semakan pengesahan rawak untuk memastikan identiti ahli panel adalah tulen. Semasa semakan pengesahan identiti ini, kami boleh mengumpul maklumat peribadi berikut tentang anda, yang tidak akan disimpan dan akan dipadamkan serta-merta selepas pengesahan berjaya.

  • Maklumat peranti daripada penggunaan anda pada Platform kami, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, alamat e-mel, nombor telefon bimbit dan Maklumat Peranti anda.
  • Bukti pengenalan diri.
  • Pengesahan OTP (One-time pin) dalam bentuk teks SMS atau e-mel.

2. Mengapakah kami mengumpulkan maklumat Peribadi anda?

Untuk berhubung dengan anda

Maklumat peribadi anda membolehkan kami untuk sentiasa memaklumi anda tentang pengumuman produk terkini, kemas kini perisian, acara akan datang dan status ganjaran milieu anda. Jika anda tidak mahu dimasukkan dalam senarai mel kami, anda boleh menarik diri pada bila-bila masa dengan menyahlanggan daripada senarai mel kami atau Hubungi Kami (melalui Pusat Bantuan di aplikasi Milieu Surveys)

Untuk memperbaiki pengalaman anda

Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami mencipta, membangunkan, mengendalikan, menyampaikan dan memperbaik produk, perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan kami, menangani apa-apa aduan, pertanyaan atau masalah teknikal yang anda alami.

Untuk memastikan keselamatan anda

Kami menggunakan maklumat peribadi dan bukan peribadi bagi tujuan keselamatan akaun dan rangkaian melalui pelbagai proses semakan pengesahan kami. Proses ini adalah sebagai pengesahan pengenalan diri pengguna, agar dapat memperbaik perkhidmatan kami bagi manfaat komuniti milieu yang lain-lainnya, dan untuk memberi anda pengalaman pengguna yang sebaik mungkin!

Untuk tujuan kaji selidik

Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan dalaman syarikat seperti pengauditan, analisis data, dan penyelidikan untuk memperbaik produk, perkhidmatan, dan komunikasi pelanggan milieu.

3. Bagaimanakah kami menggunakan maklumat Bukan Peribadi anda?

milieu juga mengumpul maklumat Bukan Peribadi daripada anda dalam bentuk respons tinjauan, yang digunakan untuk menggerakkan papan pemuka kami dan untuk menjalankan penyelidikan pasaran bagi membolehkan organisasi memahami pengguna dengan lebih baik.

Data yang dikumpulkan daripada tinjauan dan undian penglibatan diringkaskan sebagai maklumat perangkaan terkumpul. Maklumat ini tidak akan digunakan dengan cara yang membolehkan peribadi seseorang individu dikenal pasti. Maksudnya, sesiapapun tidak mungkin dapat mengenal pasti seseorang individu secara peribadi berdasarkan jawapan mereka.

Perkhidmatan pelanggan

Apabila mengadakan usaha sama dengan milieu, klien dan rakan kongsi kami hanya perlu mengakses data samaran yang tidak membolehkan pengenalpastian pengguna secara langsung. Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui tinjauan, untuk menyediakan perkhidmatan kepada klien kami (sila lihat Bahagian 5 “Kepada siapakah kami kongsikan maklumat anda?” untuk mendapatkan maklumat lanjut). Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk menganalisis data tersebut bagi tujuan penyelidikan dan untuk menggabungkannya ke dalam pangkalan data kami untuk tujuan penyelidikan dan analisis.

Untuk membina produk yang lebih baik

Kami juga boleh menggunakan maklumat untuk tujuan dalaman seperti kawalan mutu, pentadbiran sistem dan untuk menilai penggunaan Platform kami serta prestasinya, supaya kami boleh merpertingkatan perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik kepada anda.

Untuk menyediakan perkhidmatan kami

Kami juga menggunakan maklumat untuk memberikan anda hasil penyelidikan milieu termasuk, tetapi tidak terhad kepada soalan penglibatan dan tinjauan kami untuk pemasaran kandungan. Secara amnya, maklumat yang diberikan kami akan gunakan maklumat peribadi tersebut untuk sebarang tujuan lain yang anda berikan maklumat tersebut.

Kami menggunakan maklumat yang ada untuk menunjukkan kepada anda iklan yang berkaitan di dalam dan di luar Platform. Kami juga, mengukur keberkesanan serta jangkauan iklan dan perkhidmatan tersebut. Mesej pemasaran sedemikian boleh dihantar kepada anda dalam pelbagai mod termasuk, tanpa had, melalui mel elektronik, mel terus, perkhidmatan pesanan ringkas, panggilan telefon, faksimili dan perkhidmatan mesej mudah alih yang lain. Anda boleh meminta kami berhenti menghantar mesej pemasaran pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui pusat bantuan apl Milieu Surveys.

Tujuan yang disenaraikan dalam fasal di atas akan terus terpakai walaupun dalam situasi di mana hubungan anda dengan kami telah ditamatkan atau diubah dalam apa jua cara, untuk tempoh yang munasabah selepas itu menurut undang-undang yang terpakai.

4. Penggunaan Kuki & Teknologi Lain

Apakah itu kuki?

Kuki ialah fail data kecil yang membolehkan sesebuah laman sesawang mengumpulkan dan menyimpan satu julat data pada komputer meja, komputer riba atau peranti mudah alih anda.

Cara milieu menggunakan kuki

milieu menggunakan kuki untuk membolehkan anda mengemudi laman sesawang dan apk kami untuk menggunakan ciri-cirinya. Data yang dikumpulkan membolehkan kami menyesuaikan laman sesawang dan memudahkan lagi pelayaran yang seterusnya dan lebih berkaitan dengan anda, sebagai contoh, dengan mengingati bahasa pilihan anda.

Jenis-jenis kuki

Kecenderungan

Kuki kecenderungan akan mengumpulkan maklumat tentang pilihan dan kecenderungan anda. Hal ini membolehkan kami mengingati maklumat tentang lawatan anda, seperti wilayah anda dan saiz teks pilihan anda untuk menyesuaikan Laman dengan sewajarnya.

Keselamatan

Kami menggunakan kuki keselamatan untuk kawalan dan semakan keselamatan. Perkara ini digunakan untuk mengesahkan pengguna, mencegah penggunaan palsu bukti kelayakan log masuk dan melindungi data pengguna daripada pihak yang tidak dibenarkan.

Analisis

Kuki analitis mengumpulkan maklumat tentang peranti anda seperti data Maklumat Peranti anda, penggunaan Laman dan apl untuk membolehkan kami memperbaik fungsinya. Kami menggunakan Google Analytics untuk membantu kami memahami cara pelawat melibatkan diri dan berinteraksi dengan laman sesawang kami. Ciri ini mengumpulkan maklumat dan melaporkan perangkaan penggunaan laman sesawang dengan mencerminkan pola keseluruhan penggunaan tanpa mengenal pasti secara peribadi setiap pelawat.

Menarik diri

Jika atas sebarang alasan anda tidak mahu kami mengesan penggunaan anda pada Platform kami menggunakan kuki, anda boleh menarik diri dengan menggunakan tetapan pelayar anda dan mengehadkan atau mengurus tetapan kuki anda. Harap maklum bahawa tindakan menarik diri boleh mengehadkan tahap keupayaan kami menyediakan perkhidmatan kepada anda.

5. Kepada siapakah kami kongsikan maklumat anda?

Klien kami

Kami berkongsi maklumat anda yang dikumpulkan melalui jawapan tinjauan dengan klien kami untuk memberi mereka perkhidmatan penyelidikan pasaran dan analisis data.

Data Maklumat Peranti juga boleh digunakan oleh rakan kongsi kami seperti pemasar dan pengiklan dalam talian, untuk menyampaikan mesej atau iklan pemasaran yang berkaitan dan tertentu, atau untuk menyampaikan kandungan kepada pengguna dalam talian.

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat, organisasi atau individu di luar milieu kecuali bagi kes-kes seperti berikut:

Pentadbir sistem

Kami juga boleh berkongsi maklumat peribadi anda dengan organisasi lain yang menyediakan perkhidmatan kepada kami menurut permintaan kami. Hal ini boleh merangkumi penyedia perkhidmatan IT yang menyediakan sokongan kepada sistem IT kami.

Selain perkara yang disenaraikan di atas, kami tidak akan menyewakan, menjual atau juga mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa keizinan anda, tertakluk pada keadaan berikut:

Sebab undang-undang

Jika kami perlu mengongsikan maklumat peribadi anda bagi mematuhi undang-undang atau memenuhi keperluan kawal selia (atau kami percaya sewajarnya kami perlu mendedahkan maklumat anda bagi tujuan sedemikian), atau apabila perlu untuk menghalang kemungkinan ancaman nyawa, kesihatan dan keselamatan fizikal mana-mana individu.

6. Bagaimanakah kami memastikan maklumat anda dilindungi?

Penyimpanan

Semua maklumat anda disediakan dan disimpan dalam pelayar yang diperakui serta selamat. Ia dimiliki atau disewa oleh milieu. Sebaik sahaja menerima maklumat anda, kami akan mengambil langkah keselamatan yang munasabah dan sesuai untuk menghalang akses tanpa kebenaran, pemusnahan, penyalahgunaan, manipulasi atau pendedahan. Data disediakan dan disimpan dalam perkhidmatan storan awan yang sah.

Kami, pihak berkaitan dengan kami dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga beroperasi di seluruh dunia. Sehubungan itu, data peribadi anda mungkin dipindahkan dan diproses di negara selain negara di mana anda bermastautin. Dengan berbuat demikian, kami akan mematuhi undang-undang perlindungan data dan privasi yang terpakai dalam bidang kuasa negara anda dan bidang kuasa penerima, jika berkenaan.Selain perkara yang disenaraikan di atas, kami tidak akan menyewakan, menjual atau juga mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa keizinan anda, tertakluk pada keadaan berikut:

Bukti butiran log masuk

Kami menggunakan enkripsi untuk melindungi data peribadi anda sewaktu dalam pemindahan menggunakan TLS dan SSL serta dalam simpanan menggunakan penyulitan AES256 (kaedah ini digunakan untuk melindungi kata laluan log masuk anda).

Jika anda mempunyai nama pengguna, kata laluan atau maklumat log masuk yang lain yang membolehkan anda mengakses Platform kami, anda tidak boleh membenarkan mana-mana individu lain menggunakannya dan harus menganggapnya sebagai sulit. Jika anda percaya atau mengesyaki bahawa terdapat orang lain mengetahui butiran log masuk anda, anda mesti menghubungi kami melalui Pusat Bantuan di aplikasi Milieu Surveys secepat mungkin. Sila lihat Syarat Penggunaan kami.

Walaupun kami mengambil serius perlindungan data peribadi anda, namun penghantaran maklumat melalui Internet tidak selamat sepenuhnya. Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data peribadi anda, namun tidak dapat menjamin keselamatan yang dihantar melalui laman web atau aplikasi mudah alih, mengikut mana-mana yang berkenaan. Sebarang peghantaran adalah atas risiko anda sendiri.

Peraturan

Kami memproses maklumat anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (“PDPA”) dan Kod Antarabangsa ICC/ESOMAR Singapura.

Penyimpanan maklumat

Kami hanya menyimpan maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi selagi perlu bagi tujuan maklumat anda dikumpulkan, digunakan atau didedahkan, dan akan menghentikan penyimpanan maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi apabila tiada lagi apa-apa tujuan perniagaan atau undang-undang untuk menggunakannya. Kami tidak akan menggunakannya bagi apa-apa tujuan selain yang ditetapkan dalam dasar privasi ini. Bagaimanapun, kami mungkin akan terus menyimpan dan menggunakan data peribadi anda yang tidak dapat dikenal pasti secara peribadi atau dalam bentuk awanama.

Individu Bawah Umur

Perkhidmatan dan laman web kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah umur (seperti yang dinyatakan oleh undang-undang dalam bidang kuasa anda) dan kami tidak mengumpul data yang berkaitan tersebut secara sengaja. Jika anda seorang bawah umur (seperti yang dinyatakan oleh undang-undang dalam bidang kuasa anda), jangan berikan sebarang data peribadi dalam apa jua bentuk sekalipun, melainkan anda mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga. Jika kanak-kanak bawah umur (seperti yang dinyatakan oleh undang-undang dalam bidang kuasa anda) memberikan kami data peribadi, ibu bapa atau penjaga boleh memadamkan maklumat sedemikian daripada rekod dengan menghubungi kami melalui e-mel pada butiran hubungan yang diberikan di bawah.

7. Hak Anda

Anda mempunyai hak tertentu yang berkaitan dengan data peribadi yang kami kumpulkan dan cara data digunakan. Hal ini direka untuk memberi anda pelbagai pilihan dan kawalan ke atas data peribadi anda.

Mengakses, membetulkan & mengemas kini data anda

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda pada bila-bila masa.

Anda juga boleh mengemas kini data peribadi pada bila-bila masa. Anda boleh meminta kami membetulkan apa-apa data yang tidak tepat (termasuk butiran demografi) dan tentang anda dan untuk melengkapkan apa-apa data tidak lengkap yang kami simpan tentang anda.

Anda hendaklah mengajukan sebarang  permintaan kepada kami melalui Hubungi Kami (melalui Pusat Bantuan di aplikasi Milieu Surveys). milieu akan menjawab dengan cepat dan cekap kepada semua permintaan yang wajar untuk akses kepada data peribadi, pemberitahuan tentang tujuan penggunaan atau pendedahan maklumat anda. Sila berikan sehingga 30 hari untuk membalas permintaan anda.

Menghentikan komunikasi & menarik balik persetujuan

Pada bila-bila masa, anda boleh meminta kami berhenti menghantar semua bentuk komunikasi merentas pelantar. Anda boleh berhenti melanggan semua pemasaran e-mel, mematikan pemberitahuan atau menghantar permintaan melalui Pusat Bantuan aplikasi Milieu Surveys, atau anda boleh menghubungi pegawai perlindungan data kami di dataprotection@mili.eu untuk dapatkan bantuan.

Anda boleh menarik balik sepenuhnya atau sebahagian persetujuan yang diberikan sebelum ini, atau meminta pemadaman data peribadi. Ini tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang berkenaan, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami masih berhak untuk memproses maklumat anda jika terdapat sebab lain yang sah (selain daripada persetujuan) di bawah undang-undang yang terpakai untuk berbuat demikian.

8. Bahasa

Dasar Privasi ini telah didraf dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten apabila dasar ini dibandingkan dengan dasar versi bahasa Inggeris, maka versi bahasa Inggeris akan digunakan.

9. Perihal Dasar Privasi ini

Perubahan pada dasar ini

Dasar Privasi ini boleh disemak oleh milieu dari semasa ke semasa, dan versi yang disemak disiarkan dalam Platform kami. Melainkan diperuntukkan sebaliknya, versi Dasar Privasi yang terdahulu tidak akan terpakai dan versi yang dikemas kini akan digunakan. Milieu berhak kepada tafsiran akhir Polisi Privasi dan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan atau peninggalan dalam Polisi Privasi. Penggunaan berterusan anda dalam perkhidmatan kami merupakan pengakuan dan penerimaan terhadap perubahan tersebut.

Penggunaan dasar

Dasar Privasi ini dikenakan kepada semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Milieu Insight Pte Ltd. Dasar Privasi ini tidak dikenakan kepada perkhidmatan yang mempunyai dasar privasi berasingan yang tidak menggabungkan Dasar Privasi ini.

Pelantar kami dari semasa ke semasa mengandungi pautan kepada dan daripada laman sesawang lain. Jika anda mengikuti pautan kepada mana-mana laman sesawang tersebut, ambil perhatian bahawa laman sesawang berkenaan mempunyai notis privasi mereka sendiri dan kami tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk laman sesawang tersebut. Sila semak notis privasi tersebut sebelum anda menyerahkan maklumat anda kepada laman sesawang itu.

Dasar privasi ini telah dikemas kini pada 9 Mei 2023.